Mengapa lah nasib ku jadi begini.....
Setiap hari diri ini rasa seperti tidak dihargai. Aku sering dipersalahkan walaupun untuk hal-hal yang kecil. Jahat sangatkah aku?Apakah sebenarnya kesilapan yang aku lakukan? Kesilapan kecil tetapi bagaikan satu dosa besar pada pandangan mata orang lain. Hal ini lah yang sentiasa bermain difikiranku sejak akhir-akhir ini.
Aku sedar aku hanyalah insan yang hina. Tetapi aku juga berhak untuk bersuara dan suara aku juga berhak untuk diterima atau sekurang2nya didengari orang lain.Tapi apakan daya. Semua ini mungkin tidak akan menjadi nyata.
Aku sering terfikir untuk membalas perbuatan mereka dengan seteruk-teruknya pembalasan mudah mudahan mereka akan sedar betapa pentingnya mereka menjaga hati aku ini. Aku tidak perlu layanan kelas 1.Cukup sekadar aku dapat rasakan diri ini dihormati walaupun hanya lakonan.Tapi semua ini tidak berlaku dan aku fikir mungkin tidak akan berlaku.
Cara terbaik yang dapat aku lakukan adalah dengan menenangkan diri sendiri dengan melihat keindahan alam semulajadi, tumbuhan hijau yang hidup subur di bumi, tiupan angin menggoyangkan tumbuh-tumbuhan dan juga kehidupan binatang / serangga liar yang hidup dihabitat semulajadinya tanpa diganggu gugat oleh perbuatan jahat manusia.Mudah2an ini mampu membuatkan diriku bertenang dan terus bertenang walaupun hakikatnya aku rasa bagai nak bunuh orang.
Aku sedar.....dengan mengambil tindakan bodoh, segala masalah aku tidak akan selesai. Malah ia akan semakin bertambah dan lebih memeningkan kepala aku yang dah siap sedia berserabut ni.
Tapi ...........
Semakin aku berdiam diri seperti ini, perbuatan mereka semakin menjadi - jadi. Apa harus kulakukan? Nasihat?Sudah bosan aku tegur dan nasihatkan mereka.Amaran??Aku juga sudah memberi amaran kepada mereka.Mengamuk?Memang aku pernah mengamuk pada mereka. Apa lagi??
Kerajaan juga turut mendesak aku. Gaji dinaikkan hanya RM145 setahun. Tetapi tanggungan aku dinaikkan lebih dari itu. Aku sentiasa tidak berduit.Harga barang keperluan sentiasa naik.Duit belanja bulanan aku sentiasa tidak mencukupi.Aku tidak mahir untuk menjana pendapatan sampingan. Rasa takut dan malu menyelubungi aku.Ditambah pula aku tidak mendapat sokongan moral dari sesiapa. Disini aku sedar....aku perlu berdiri atas kaki sendiri atas segalanya. Kerajaan memang tidak akan membantu aku dengan jumlah keperluan yang aku mahukan. Segalanya perlu diusahakan sendiri.Perbelanjaan harian aku juga telah lama aku catu.Mudah2an cukup....Hakikatnya ia kekal tidak mencukupi.
Gaji penduduk Malaysia zaman sekarang ni....kalau hanya RM4000 sebulan pun sudah dikira miskin.Manakan tidak, bayaran pinjaman perumahan sahaja sudah habis RM1000 sebulan.Hutang dan potongan lain lagi.....Makan minum sahaja tidak cukup RM 1000 sebulan bagi kami berempat. Yuran tadika dan KAFA anak, personal loan dan lain - lain semuanya perlukan duit. Jika dikira semuanya baki gaji aku hanya seratus lebih sahaja sebulan . Itu pun tidak ambil kira kemungkinan anak demam atau kenderaan kami rosak.
Telah beberapa kali aku berfikir untuk meninggalkan bumi Malaysia dan segala yang aku ada.Aku mahu pergi membantu saudara islamku di Bumi Palestin.Tapi sehingga kini aku tidak punya semangat yang kukuh untuk laksanakannya.Aku tiada peruntukan kewangan yang besar.Aku sayang anak dan isteri aku.Jika aku pergi....apakah mereka mampu hidup berdikari. Ya Allah....Kau Bantu lah Hamba Mu ini.....Kepada Mu Sahaja Aku Sembah Dan Kepada Mu Sahajalah aku Meminta.
Bukan aku mahu tagiih simpati sesiapa.Tapi cukuplah disini sebagai tempat untuk aku meluahkan isi hati aku yang sentiasa aku pendam selama ini.Mudah2an ia dapat membantu menenangkan diriku yang amat perlukan bantuan ketika ini.
Sekian sahaja dariku......


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama