Dunia Akhir Zaman
Dunia kini semakin panas......
Jika dilihat di kawasan tadahan air, kita akan dapati bahawa paras air takungan kini semakin merosot dari masa ke semasa. Ini melambangkan bahawa betapa tepatnya apa yang telah dinyatakan di dalam Al Quran bahawa pada akhir zaman nanti, bumi tidak lagi menakung air. Cuma kita masih beruntung kerana hujan masih lagi turun.Apa yang peliknya disini, walaupun hujan turun dengan lebat, ia tidak berlaku di kawasan tadahan hujan.Tetapi di kawasan lain. Perkara ini dilalui oleh saya sendiri. Dahsyat kan.....
Fenomena ini telah beberapa tahun berlaku secara berterusan dan jika ia kekal seperti ini, bumi bertuah ini tidak akan ada lagi air di kawasan-kawasan takungan kita untuk tempoh beberapa tahun lagi yang akan datang. Pernahkah kita terfikir akan nasib anak dan cucu kita yang akan datang nanti?. Jika kita lihat di tempat lain, ada yang sanggup tadah dan tapis sendiri air hujan untuk kegunaan harian mereka, ada yang sanggup proses air laut, ada yang hanya bergantung pada air mineral semulajadi yang digali dan diperolehi dari dalam bumi dan ada juga yang sanggup pam air dari lombong dan dialirkan ke sungai agar kuantiti air di sungai bertambah. Sesungguhnya situasi ini adalah satu situasi yang sangat tidak sihat bagi saya.
Apakah punca semua ini terjadi??
Sememangnya berpunca dari tindakan manusia sendiri yang gagal memelihara dan memulihara bumi kita ini dengan baik.Tidak perlu salah kan makhluk lain kerana manusia lah yang mentadbir bumi selama ini. Ada orang akan berkata bahawa semua ini adalah "ACT OF GOD kerana ianya memang telah tertulis di dalam Al Quran" bagi menghalalkan tindakan salah mereka. Namun sedarlah wahai insan. Di dalam Al Quran juga ada menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang / sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. Disini terbukti bahawa apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini adalah angkara manusia itu sendiri.
Memang telah diberitahu didalam Al Quran bahawa ini juga adalah salah satu tanda - tanda kiamat. Tapi manusia selalu sahaja mengabaikannya. Kini semakin hari semakin banyak bukti - bukti yang menunjukkan kita sedang menuju ke zaman kiamat telah pun berlaku secara jelas dan nyata. Manusia ditindas malah dibunuh dengan kejam melalui cara penghapusan etnik dan juga peperangan.Nyawa manusia di zaman kini sudah tidak lagi bernilai. Paling ketara adalah penindasan dan pembunuhan terhadap penganut agama ISLAM. Ia kini berlaku diseluruh dunia. Umat islam dibenci dan dihina walaupun mereka tidak melakukan apa - apa kesalahan. Meraka turut diseksa, dirogol malah dibunuh dengan begitu kejam sekali demi untuk memuaskan nafsu si pembunuh. Ketahuilah bahawa balasan ALLAH akan tiba keatas mereka kerana membunuh insan yang selama ini memperjuangkan agama islam iaitu agama ALLAH.
Kebakaran besar berlaku diseluruh negara haram Israel. Negara haram itu yang dahulunya begitu angkuh dan sombong dengan kuasa ketenteraan mereka yang di dokong penuh oleh Amerika dengan sesuka hati menyeksa, merogol dan membunuh umat islam di Palestin dan sekaligus menjadikan bumi Palestin itu sebagai penjara terbuka terbesar di dunia. Penduduknya menanggung azab yang tidak putus-putus sejak mereka lahir sehingga sekarang. Namun kini balasan Allah telah mula kelihatan di bumi jajahan mereka. Seluruh kawasan jajahan mereka terbakar dengan kebakaran yang sukar dibendung oleh mereka sendiri. Dikatakan ia juga berpunca dari tindakan Israel sendiri yang melarang umat islam dari malaungkan azan pada setiap masuknya waktu solat. Mereka mendakwa ianya terlalu bising dan mengganggu mereka tidur. Apabila balasan Allah tiba, negara yang mereka musuhi selama ini jugalah yang hadir membantu mereka memadamkan api. Ada yang dipanggil untuk membantu dan ada juga yang datang dengan rela hati membantu. Apa yang membuatkan situasi menjadi bertambah hairan adalah punca datangnya api itu sendiri dan kenapa pohon yang mereka tanam bagi melindungi nyawa mereka dari dibunuh umat islam kelak yang habis terbakar selain rumah - rumah dan bangunan - bangunan lain. Kini ramai warga Israel yang kehilangan tempat tinggal dan ramai juga yang kehilangan nyawa mereka.
Negara - negara yang mengakui sebagai negara islam kini juga berperang sesama sendiri. Kononnya untuk menghapuskan pengganas. Tetapi jika dilihat jumlah korban perang, umat islam adalah merupakan mangsa yang paling ramai bilangannya.Semua ini di diamkan sahaja oleh pertubuhan hak asasi manusia hanya atas tiket memerangi pengganas bagi menghalalkan tindakan ketenteraan mereka.Sehingga kini, kita sebagai umat islam masih lagi menanti kehadiran Lelaki Yang Dijanjikan Allah untuk diutus kemuka bumi ini. Bilakah Dia akan diutuskan , sama - samalah kita nantikan.
Imam Mahdi dikhabarkan akan diutus oleh Allah kemuka bumi ini pada ketika peperangan sedang berleluasa .Baginda diutus bagi memimpin umat akhir zaman agar kembali menyembah ALLAH dan meninggalkan larangannya. Tidak diketahui bila baginda akan dizahirkan tetapi kehadiran belian tetap ditunggu - tunggu oleh selururh umat islam. Ini termasuk juga dengan turunnya Nabi Allah Isa ke muka bumi ini semula. Baginda akan bersama - sama dengan Imam Mahdi menyelamatkan umat akhir zaman nanti. Namu apa yang paling ditakuti adalah Dajjal dan juga Yakjuj dan Makjuj.
Aku berharap agar nyawaku , isteriku, anak - anak ku dan seluruh ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah denganku ditarik kembali oleh ALLAH sebelum muncul semula Dajjal di atas muka bumi ini. Tidak sanggup rasanya melihat andai ada diantara ahli keluarga ku yang menjadi pengikutnya nanti.YA ALLAH , LINDUNGILAH KAMI DARI FITNAH DAN TIPU DAYA DAJJAL.
Sekian....Insya Allah kita akan berjumpa lagi dalam tajuk yang akan datang.

