Menanti dengan penuh debaran
Kini saya sedang menanti dengan penuh debaran kelahiran cahaya mata kami yang ketiga. Walaupun dah yang ketiga, debaran itu kuat terasa memandangkan anak yang nombor 2 kini telah berusia 6 tahun.Jarak yang agak jauh itu membuatkan kami berdua terasa kekok seperti anak pertama dahulu.
Kami sengaja jarakkan anak antara nombor 2 dan Insya Allah yang bongsu (nombor 3) ini begitu jauh kerana terkesan dengan masalah keluarga dan ekonomi semasa.Saya sendiri mempunyai sejarah melibatkan saka keluarga yang tidak bertuan. Saka itu sehingga kini kerap mengganggu seluruh keturunan darah daging saya sendiri sehingga kini terutama sekali kanak - kanak.
Anak yang nombor 2 itu dahulu terkena gangguan hingga menyebabkan kelihatan seperti sawan sebanyak 19 kali dan ia berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun lebih. Alhamdulillah kini segalanya selesai dan beliau kembali sihat seperti manusia normal.Berkat bantuan rakan, keluarga dan tidak lupa juga beberapa orang pengamal perubatan islam dan juga ustaz-ustaz yang dikenali, akhirnya anak itu tidak lagi diserang kes yang sama sehingga kini.
Kenaikan harga barang dan juga petrol amat menekan kami sekeluarga.Mana tidaknya, kenaikan gaji hanya RM 150 setahun sedangkan kenaikan kos sara hidup setahun terlalu tinggi berbanding kenaikan.Kenapa pihak kerajaan(pemerintah) tidak mengambil kira semua ni? atau mereka sengaja melakukannya? atau???Semua ini masih menjadi tanda tanya di dalam hati seluruh rakyat Malaysia.
Penggunaan minyak kereta sahaja sudah 20 liter seminggu. Jika sebulan (4 minggu) sudah menjadi 80 liter.Harga petrol RON 95 kini RM 2.30 seliter.Maka kos minyak kereta sahaja dalam sebulan (tanpa jalan-jalan) sudah menjadi RM 184.Berbanding ketika harga minyak yang sama bernilai RM 1.70 seliter, nilai penggunaan hanya RM 136 sahaja dalam sebulan. Perbezaan ini jika dilihat memanglah hanya RM 48 sebulan, namun jika kita darab 12 (untuk tempoh penggunaan setahun, ianya menjadi RM 576.Itu baru minyak kereta.Minyak motor, kenaikan harga barang, GST dan lain-lain jika dijumlahkan semuanya memang tidak berbaloi berbanding kenaikan gaji yang diperolehi.
Alangkah bagus jika nilai RM sekarang sama mahalnya dengan nilai RM pada 30 tahun dahulu. Tapi buat masa ini, ia dilihat mustahil akan berlaku.Apa sebabnya??saya sendiri tidak tahu akan puncanya.
Kelahiran cahaya mata kami yang ketiga akan meningkatkan kos harian kami. Bukanlah nak kata ianya satu beban, tapi kami sekeluarga juga teringin nak rasa hidup senang seperti orang lain. Isteri tidak bekerja dan kadang - kadang hanya ambil upah menjahit pakaian sahaja. Namun semua yang berlaku kini tetap kami sekeluarga cuba tempuhinya bersama. Susah senang kami tempuhi bersama. Biarlah Allah sahaja yang membalas tindakan pemerintah yang tidak kenal erti jemu menyiksa rakyat. Pada yang tulus dan bersungguh - sungguh mahu membantu semoga Allah kurniakan anugerah yang tidak terkira banyaknya di Syurga nanti.
Anak ku , kelahiran mu tetap dinanti - nanti .Mudah mudahan dirimu mampu membawa sinar baru di dalam keluarga kita suatu hari nanti. Insya Allah


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama