Ahad, 21 Februari 2021

PENGAMAL ILMU KEBATINAN ISLAM

Assalamualaikum. Lama dah tak mengisi sesuatu di dalam blog ni. Kali ini aku tampil dengan sesuatu yang jarang aku ceritakan pada sesiapa. Aku ini sebenarnya telah mula menuntut ilmu kebatinan islam dari seorang Guru Perubatan dan Kebatinan Islam di Kuching, Sarawak (nama dan identiti dirahsiakan). Tindakan ini aku lakukan kerana keluargaku seirng diganggu oleh seorang insan (dah arwah pun) yang bagaikan musuh dalam selimut. Depan kami bukan main punya baik. Tapi bila setiap kali ayah gunakan ilmu pemulangan sihirnya.......KENAPA DIA YANG MERAUNG DAN MENGGELUPUR??? Pelik sekali rasanya kan...........

    Pernah kedua orang tua ku menyatakan badan mereka umpama disalai atau direndam dalam ais dan kadang-kadang pula normal. Pernah juga tiba-tiba gatal-gatal tumbuh pada lengan, pernah dengar bunyi-bunyi yang menyeramkan merayau dikeliling rumah dan macam-macam lagi. Semua ini membuatkan hidup kami tidak tenteram. Kami sering diganggu selama beberapa tahun. Hinggakan pada suatu ketika, ayah pergi menemui seseorang di daerah Muar, Johor dan mendapatkan satu ilmu yang boleh menghukum insan tersebut secara terus tanpa perlu menghiraukan saka belaannya.Ia perlu diamalkan selama 40 malam berturut-turut dan ternyata memberi kesan secara perlahan-lahan. Setelah setahun lebih ianya berlalu, insan tersebut telah kembali menemui Penciptanya Yang Maha Esa. Walaupun dia sudah lama meninggal, aku tetap teringat-ingat akan kata-katanya iaitu..... "AKU TAKKAN MATI , AKU ADA BELA HANTU" . Tetapi sekarang......dia tu mati juga kan......mana lah ada makhluk yang mampu mengelak dari kematian. Sedangkan Rasulullah yang juga kekasih Allah juga telah lama wafat. Ini kan pula kita yang jahil ni. betul x?

   Selesai kes orang tua ku, kes mertua ku pula muncul. Namun kali ini lebih berat lagi dimana orang yang menyihirnya mengaku diri sebagai ulamak dan alim bila berbual dikhalayak ramai. Namun hakikatnya, bila mertua ku sakit, aku bawa jumpa pengamal perubatan yang aku kenal. Ada yang boleh dikira sebagai ustaz dan ada juga boleh dikira sebagai bomoh. Semuanya memberitahu ku bahawa individu yang menyihir mertua ku adalah orang yang sama.Wow surprise ni.....kerana pada mulanya aku x tahu siapa orangnya. Pengenalanku dengan seorang ustaz di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mendedahkan segalanya. Dia berkata orang tu hanya sebelah rumah. Kami tanyakan padanya..... sebelah kiri rumah kami kan ustaz.....beliau berkata "YA".

   Subhanallah......macam ni ke orang yang mengaku dirinya alim?Namun dalam masa yang sama diriku sendiri juga terkena ilmu hitam hingga membuatkan aku seperti orang lumpuh secara tiba-tiba tanpa melibatkan sebarang kemalangan atau apa sahaja kejadian yang boleh mendorong kearah lumpuh separuh badan. Aku semakin pelik. Aku kemudiannya mencari guru-guru ilmu kebatinan yang hampir dengan ku dan mampu membantu.Alhamdulillah perkenalan aku dengan seorang guru (namanya juga dirahsiakan) yang tinggal hampir dengan ku menyebabkan aku di ijazahkan ilmu yang boleh menyelesaikan masalah ini tanpa perlu tahu siapa yang empunya angkara dan apa puncanya.... Nak tahu ilmu apa? Tunggu lama sikit k.....nanti kalau rajin, aku cerita.

   Aku mula mengamalkan ilmu itu buat kali pertama tanpa melengkapi tempoh yang disyaratkan. Kenapa ?? sebabnya setelah seminggu aku beramal, telah ada orang sekitarku yang mengalami strok secara tiba-tiba sedangkan keluarganya sahkan dia ada lah sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan. Info ini diperoleh dari doktor katanya.......Lalu aku menalifon guru dan bertanya akan hal ini. Guru mengesahkan dia lah orangnya. Aku jadi tak sampai hati. Dia ada tanggungan besar, tapi stroke....Lalu aku lafazkan kemaafan kepadanya dari rumahku sahaja tanpa kehadiran dan pengetahuannya walaupun sepatutnya dia sendiri yang kena mohon maaf dari ku. Baru boleh aku lepaskan. Aku kemudian diminta melakukan sekali lagi ilmu ini kepada jiran mertua ku yang seiring mengganggu hidupnya. Aku lakukan buat kali ke dua. Namun kesannya sangat lambat kerana beliau pemilik saka keturunan (harimau) dan saka belaannya sendiri iaitu pelesit dan toyol.Aku lupa membuangnya dan ini membuatkan kesannya hanya dapat dilihat setelah setahun aku selesai mengamalkan kelimuan aku. " Ulamak " ini juga akhirnya meninggal dunia dan kesihatan mertua ku kini semakin beransur ansur pulih seperti sedia kala.

   Kini aku sekali lagi diganggu, ditipu dan diugut oleh sekumpulan yang tidak berhati perut. Aku berbincang dengan isteriku apa perlu dilakukan dan kami sepakat untuk melaksanakan sekali lagi ilmu ini buat kali ke 3.Pada malam pertama aku lakukannya, aku sudah mendapat alamat melalui mimpi yang mana ilmu ini memberi kesan besar kepadanya. Beberapa malam kemudian, aku sekali lagi bermimpi tetapi mimpi ku kali ni menunjukkan pelakunya dan sejumlah yang ramai dan semuanya telah mengena pukat yang aku pasang. Kini segalanya telah 20 hari berlalu. Selagi kau tak pulang duit aku dalam nilai 100 kali ganda, selagi itu aku takkan lepaskan kalian semua kerana telah memfitnah dan memburuk-burukkan nama ku di media sosial. 

TANGGUNG LAH SENDIRI AKIBATNYA KERANA MENGANIAYA SEORANG PENGAMAL ILMU KEBATINAN SEPERTI AKU. Kita jumpa di padang Mahsyar nanti k.....biar lah Allah yang menentukan segalanya.