RAYA PKP
Pada tahun lalu (2020), aku dikejutkan dengan penyebaran virus baru yang bermana Noval Corona Virus atau nama singkatannya kini dikenali sebagai Covid - 19. Disebabkan itu, aku sekeluarga beraya di rumah sendiri sahaja dengan bertemankan anak2 dan isteri. Pertemuan dengan keluarga hanya menerusi panggilan video sahaja demi untuk menyempurnakan hasrat hati bertemu keluarga. Secara maya pun jadilah kan......jangan takde langsung.
Pada tahun itu juga, aku buntu nk beraya dimana........duduk rumah sahaja memandangkan negara masih lagi dibawah perintah kawalan pergerakan. Pandang lah anak dan isteri sahaja. jiran2 sendiri pun tak berani nk berziarah takut ditangkap polis. Tapi ada juga sekeluarga yang datang beraya cuma mereka tidak masuk kerumah. Cuma mahu diluar pagar sahaja. Segan kot....orang dah malu nk buat camner.....layankan aje lah.....
Perayaan tahun lalu aku dan isteri menyediakan masakan tradisi jawa kami dan lauk2 lain yang digemari oleh anak2 kami. Namun aku sedih kerana pada hari ke 2, lauk jawa aku dah basi kerana lupa nk dipanaskan semula setelah bertukar mangkuk lain. Menitis juga air mata ni dibuatnya. Terpaksalah makan apa sahaja yang ada. Cuma yang buat aku bangga, isteri aku yang juga berdarah campuran jawa + melayu sudah mahir menyediakan juadah tradisi jawa yang aku gemari selama hidupku sejak dari kecil hinggalah sekarang. Bangga wo........
Raya tahun ini (2021) juga mungkin akan berlaku lagi sekatan rentas negeri dan daerah seperti tahu lalu. Ini kerana pada tarikh artikel ini ditulis, seluruh negeri melaka dah pun berada dalam kategori Zon Merah. Ini disebabkan kerana ketiga2 daerah di Melaka ini telah mencatatkan kes melebihi 40 dalam masa yang singkat ini.Kita tunggu dan lihat sahaja lah keputusannya macam mana. Esok 7 Mei 2021 akan ada keputusannya dan diumumkan oleh menteri kanan (pertahanan) YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Harap2 tiadalah sekatan rentas daerah kerana sekatan rentas negeri telah lama dikuatkuasakan. Aku dah lama tak balik kampung sejak awal minggu ke 3 bulan Januari tahun 2021 ini.
Lewat petang semalam, aku dikejutkan dengan kemunculan sebuah kereta iswara kuning. Dari jauh telah ku kenali kereta itu adalah milik bapa mertua ku. Namun dalam hati aku berkata, mungkin angah beli barang kereta kot. Dia singgah rumah tumpang rehat agaknya. Setibanya aku dirumah, isteri ku sambut di pintu rumah dan berkata, mak dan abah datang. Mereka tidur sini malam ni. WHAT........MAK DAN ABAH????LALU CELAH MANA DIA MENYUSUP MASUK MELAKA??? TAK KANTOI TAKPE LAH.....KALAU KANTOI TERBANG DUIT TAU.....Adoi....orang tua ni.... Dia rindu anak perempuan dia lah tu. Biarlah dia. Dah berumur macam tu aku malas nk tahan apa yang mereka nak buat. Buatlah apa saja asal bahagia.
Paling menarik tahun ini aku dapat restok mercun aku yang selama ini aku gunakan untuk menghalau monyet di sekitar rumah. Dapatlah mercun bola kecil 2 bungkus dan sedikit bunga api untuk anak2 bermain.Mercun bola sebungkus aku berikan kepada mertua ku untuk tujuan menghalau tupai yang sering menggugurkan buah durian di ladangnya.Tinggal sebungkus sahaja pada aku. Seronok dapat restok kerana 2 tahun dah aku mencari stok ni . Serangan monyet bertali arus saban hari. Panggil perhilitan pon tak guna. Mereka datang dan tinjau sahaja . ditakdirkan pada ketika itu tiada serangan monyet, mereka terus balik sahaja setelah tunjuk muka pada isteri aku dan mengenalkan diri. Lepas ni kalau ada monyet datang.....alamatnya akan adalah bunyi letupan mercun tu nanti.
Aku dan isteri kini sudah mula belajar buat kuih raya sendiri demi memahirkan diri membuat kuih raya tradisi melayu. Bukan tak boleh nk beli, tapi memang nk belajar buat sendiri. Jimat lah juga duit aku ni. Ilmu pun dapat. RESEPI??? PROF GOOGLE lah .....apa lagi.....zaman dah maju. Tak perlu risau. Garenti dapat resepi punya.Semprit susu 2 jenis, biskut choclate cip, kerepek pisang, ada pulak kawan bagi maruku dan tak tahu lagi nak tambah apa. Cuma kelainan raya kali ni, aku plan nk makan makanan yang dibakar seperti kambing bakar, ikan bakar, ayam bakar dan lain2 lagi. Saja nak ubah selera. Kali ini kami nk cuba juga masak nasi dan kambing briani sendiri. CUBA, TEST dan TRY lah katakan.Bahan belum lengkap dikumpul. Cuti minggu ni sampai selasa lepas raya nanti dapatlah aku berbelanja untuk kelengkapan raya.Harap2 menjadilah yek nasi briani dan kambing briani tu nanti. Kalau tak jadi akan aku telefon pak long. Minta tunjuk ajar. Boleh minta resepi ayam masak merah sekali .Resepi dia mmg tip top. Sedap hingga mencari saki baki dalam periuk dibuatnya. Ada bahan rahsia tu. Tak ramai tukang masak yang tahu bahan tu dan cara menggunakannya.RAHSIA KELUARGA BEB......
Apa2 hal pun, disini aku ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali aku sejak dari mula kita kenal hinggalah keakhir hayat. Moga2 dosa2 ku yang bertimbun ini diampuni oleh Allah SWT.
Sekian.................

