Rabu, 14 Jun 2023

Adakah ianya benar??? tahun 2024 ni.......

Akhir-akhir ini banyak sekali video @ komen  @ cerita mengenai tahun hadapan (2024) ini mengenai kehadiran khalifah pemimpin islam alaf baru yang bakal Allah SWT zahirkan. Kabarnya kejatuhan kerajaan islam Uthmaniah adalah pada tahun 1924 dan selepas 100 tahun, dunia akan di kurniakan oleh Allah seorang pemimpin islam yang akan membawa islam kembali kepada zaman kegemilangan seperti dahulu. Jika berita ini benar, makanya Alhamdulillah dan syukur lah kepada Allah diatas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita. Akan tetapi, selepas itu pula............Subhanallah.......kita tunggu sahaja kedatangan yang sorang tu. Si penipu besar tu. Aku harap pada ketika itu, aku dah pun dimatikan oleh Allah. Walaupun akan hadir nya Nabi Allah Isa a.s yang ditugaskan untuk menghapuskannya dan dalam hati ini amat teringin menjadi pengikut setia Al Mahdi dan Nabi Allah Isa, tetapi aku tiada keyakinan untuk menempuhi zaman Dajjal tersebut. 

    Adakah fikiranku boleh dikira tersesat akan hal ini??. Menghadapi dajjal sememangnya amat menakutkan. Aku belum bersedia menghadapinya. Tahun ini adalah 2023 dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita menyambut tahun 2024. semoga Allah kuatkan hati aku untuk meneruskan kehidupan ku seperti sekarang ini dan andainya Allah mahu ambil aku, isteri dan anak2ku kembali, ku harap agar ianya berlaku serentak. Mudah2an kami sekeluarga tidak melalui zaman dajjal yang amat menakutkan itu