Kali ini aku nk bercerita tentang kisah sebuah keluarga ni Felda Jelai 2 ni.
Al kisah bermula apabila berlakunya perpecahan didalam perniagaan mereka berdua yang diakibatkan oleh sikap ketidak jujuran pemilik perniagaan tersebut. Beliau menipu pekerjanya (yang juga rakannya sendiri) dengan mengatakan pendapatan hari ini hanya setakat ini sahaja sedangkan rakannya memang sentiasa kira jumlah pendapatan harian. Ye lah kan......orang tu yang buat kerja, bukan hanya jadi boss semata2 macam makhluk sorang ni....
Setelah berlakunya perpecahan tersebut,maka rakannya yang kecewa ni membuka perniagaan sendiri dengan menggalakkan anak2 lelakinya turut belajar berniaga sekali dengannya walaupun ketika itu mereka bertiga masih teramat kecil. Dapat pegang2 alat2 tangan pun jadi lah. Yang penting budak2 tu ada semangat nak belajar berniaga.
Dengan tidak semena-mena, pelanggan mula kurang, tangan mula rasa berbisa, hati mula membenci tinggal di Felda Jelai 2 tu. Ini menjejaskan perniagaannya dan akhirnya beliau berubat dengan beberapa orang hingga lah terpaksa mencari bomoh orang asli dek kerana kekurangan pengamal perubatan islam yang mampu mengubatinya.Yang ada pon semuanya gagal belaka. Korang tahu apa jadi? penyakit yang diberikat kepadanya itu dipindahkan kepada pokok berhampiran rumah dan selepas sehari, pokok yang segar dan sihat itu mati begitu sahaja. AJAIBkan.....dalam sehari sahaja pokok boleh mati terus........biasanya memakan masa seminggu keatas.Kata bomoh orang asli itu, "jika tidak diubati, pak cik akan jadi macam pokok itu juga" . DAHSYAT kan.........kerana dendam, sanggup jual akidah kepada SYAITAN.
Perkara ini tidak berakhir disini. Setiap bulan beliau akan jatuh sakit dan perlu diubati . Begitulah seterusnya hingga berbelas tahun lamanya. Pada 17 Mei 2007, saya (penulis) mengahwini anak perempuannya. Pada mulanya saya melihat keluarga ini bermasalah tapi tidak tahu apa dan kenapa. Masa yang saya perlu untuk mengetahui segalanya tidaklah lama. Hanya dalam masa yang amat singkat saya telah tahu segalanya. Oh.....rupanya kau menyamar sebagai orang alim....warak.....siap mengaku alim dan warak lagi depan mata aku ni.......mana ada orang alim yang nk mengaku dia alim.....
Saya sebenarnya tidak percaya begitu sahaja. Saya mulakan misi menyiasat. Setiap kali keluarga mertua saya berbual dengannya, dia akan memandang ke tempat lain.Setiap petang dia akan berjalan di belakang rumah dengan kedua belah tangannya berada di belakang seakan mendukung seseorang. Setiap hari dia bertukang membuat rumah,membaiki rumah dari pagi hingga ke petang dan ada kalanya sampai malam. Ini semua adalah tanda2 seorang penyihir. Saya tetap anggap saya salah faham dalam hal ni. Ye lah kan......orang masjid kot dia tu...........takkan lah jadi penyembah syaitan kot....
Tiba2 bapa mertua ku sakit kembali dan saya pula membawanya berubat. Orang itu mengatakan bahawa ini perbuatan jiran. Beliau menceritakan wajahnya dan lokasi rumahnya. WOW......surprise..... memang orang masjid ni yang dituduh. Saya cuba cari orang lain. Kali ini seorang ustaz yang merupakan anak kepada seorang ulamak tasawwuf. Beliau sudah pencen sebagi guru agama sekolah. Ustaz ini berubat kaedah kebatinan dan beliau bersoal jawab dengan si pengupah sihir itu. Memang betul dia juga lah orangnya. Dah belasan tahun dia buat kerja ni rupanya. Ustaz itu ubatkan bapa mertua saya dan memberi sedikit pelajaran kepadanya serta mengugut akan membunuhnya jika mengulangi kesalahan ini lagi. Kata ustaz itu "DALAM MASA SEMINGGU NI AWAK PERLU MEMOHON MAAF KEPADA DIA" ,"KALAU TIDAK, AWAK AKAN AKU BUNUH".
Dia memang memohon maaf tetapi secara mencuri curi disebalik dahan pokok salak. Tetiba jadi baik. Tapi tidak lama. Lepas tempoh seminggu berakhir, dia buat lagi. Dah ramai bomoh orang asli yang ditemuinya dan dah ramai juag mati dibunuh ustaz itu . Semuanya kerana bomoh itu kalah lawan ilmu kebatinan dengannya. Dia tetap mencari bomoh tak henti2 hinggalah sampai kepada bomoh indonesia yang berada di Tanah Jawa. WOW JAWA TENGAH.....kampung asal keluarga aku tu......jauh giler..... Ustaz ini sekali lagi berbicara dengan bomoh jawa itu dan meminta sihirnya ditarik kembali. Rawatan berjaya dan tiba2............selang beberapa minggu selepas itu........si penunggang agama ini dikabarkan sakit dan beliau pun meninggal dunia.
Dalam hati ini syukur.......dah tiada lagi jiran2 yang menjadi penyembah syaitan.Tapi, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Bapa mertuaku kembali sakit.Kali ini, abang ipar aku juga dan termasuk isteri aku sendiri pun turut sama sakit sekali. Sakit yang sama pulak tu..INI DAH LEBIH.....BINI AKU PUN SAKIT DIBUATNYA. Mereka semua kene santau yang dituju khusus kepada mereka.Aku sekali lagi berkunjung ke rumah ustaz tu dan beliau mengesahkan memang santau. Kami berubat dan tetap juga menggunakan kaedah kebatinan untuk mencari bomoh dan pengupahnya. Bomoh tu orang Kampung Londah, Gemas, Negeri Sembilan. Dia memaklumkan anak lelaki arwah yang tinggal dirumah itu yang mengupahnya.Satu sudu santau berharga RM 500.PERGH GILA PUNYA MAHAL. sanggup dia upah bomoh untuk santau kami. Yang paling mengejutkan sekali adalah bapa dah mati, anak pula mewarisi perangai penyembah syaitan.
Bayangkan lah, kami buat kenduri kawin, dia jelous, kami buat rumah, dia juga jelous, kami beli lori, beli kereta, beli motosikal..........semua dia nak sakit hati. Kalau kamu cemburu, kenapa tidak kamu bersaing dengan cara sihat???Kenapa guna bomoh???Dasar makhluk bodoh. Aku bertekad, jika cukup syarat aku dia akan aku hentak sampai mati menggunakan ilmu aku sendiri. KAMU PATUT TAHU KINI KAMU DAH GANGGU ISTERI KEPADA SEORANG DARI KETURUNAN PANGLIMA.
Semoga Allah menghentikan niat jahatnya dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada dirinya serta seluruh ahli keluarganya. In Syaa Allah...........