My Canva Games
Baru pertama kali cuba. Kot berkenan nk main game ni boleh buka link dibawah ye
Baru pertama kali cuba. Kot berkenan nk main game ni boleh buka link dibawah ye
Akhir-akhir ini banyak sekali video @ komen @ cerita mengenai tahun hadapan (2024) ini mengenai kehadiran khalifah pemimpin islam alaf baru yang bakal Allah SWT zahirkan. Kabarnya kejatuhan kerajaan islam Uthmaniah adalah pada tahun 1924 dan selepas 100 tahun, dunia akan di kurniakan oleh Allah seorang pemimpin islam yang akan membawa islam kembali kepada zaman kegemilangan seperti dahulu. Jika berita ini benar, makanya Alhamdulillah dan syukur lah kepada Allah diatas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita. Akan tetapi, selepas itu pula............Subhanallah.......kita tunggu sahaja kedatangan yang sorang tu. Si penipu besar tu. Aku harap pada ketika itu, aku dah pun dimatikan oleh Allah. Walaupun akan hadir nya Nabi Allah Isa a.s yang ditugaskan untuk menghapuskannya dan dalam hati ini amat teringin menjadi pengikut setia Al Mahdi dan Nabi Allah Isa, tetapi aku tiada keyakinan untuk menempuhi zaman Dajjal tersebut.
Adakah fikiranku boleh dikira tersesat akan hal ini??. Menghadapi dajjal sememangnya amat menakutkan. Aku belum bersedia menghadapinya. Tahun ini adalah 2023 dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita menyambut tahun 2024. semoga Allah kuatkan hati aku untuk meneruskan kehidupan ku seperti sekarang ini dan andainya Allah mahu ambil aku, isteri dan anak2ku kembali, ku harap agar ianya berlaku serentak. Mudah2an kami sekeluarga tidak melalui zaman dajjal yang amat menakutkan itu
Kali ini aku nk bercerita tentang kisah sebuah keluarga ni Felda Jelai 2 ni.
Al kisah bermula apabila berlakunya perpecahan didalam perniagaan mereka berdua yang diakibatkan oleh sikap ketidak jujuran pemilik perniagaan tersebut. Beliau menipu pekerjanya (yang juga rakannya sendiri) dengan mengatakan pendapatan hari ini hanya setakat ini sahaja sedangkan rakannya memang sentiasa kira jumlah pendapatan harian. Ye lah kan......orang tu yang buat kerja, bukan hanya jadi boss semata2 macam makhluk sorang ni....
Setelah berlakunya perpecahan tersebut,maka rakannya yang kecewa ni membuka perniagaan sendiri dengan menggalakkan anak2 lelakinya turut belajar berniaga sekali dengannya walaupun ketika itu mereka bertiga masih teramat kecil. Dapat pegang2 alat2 tangan pun jadi lah. Yang penting budak2 tu ada semangat nak belajar berniaga.
Dengan tidak semena-mena, pelanggan mula kurang, tangan mula rasa berbisa, hati mula membenci tinggal di Felda Jelai 2 tu. Ini menjejaskan perniagaannya dan akhirnya beliau berubat dengan beberapa orang hingga lah terpaksa mencari bomoh orang asli dek kerana kekurangan pengamal perubatan islam yang mampu mengubatinya.Yang ada pon semuanya gagal belaka. Korang tahu apa jadi? penyakit yang diberikat kepadanya itu dipindahkan kepada pokok berhampiran rumah dan selepas sehari, pokok yang segar dan sihat itu mati begitu sahaja. AJAIBkan.....dalam sehari sahaja pokok boleh mati terus........biasanya memakan masa seminggu keatas.Kata bomoh orang asli itu, "jika tidak diubati, pak cik akan jadi macam pokok itu juga" . DAHSYAT kan.........kerana dendam, sanggup jual akidah kepada SYAITAN.
Perkara ini tidak berakhir disini. Setiap bulan beliau akan jatuh sakit dan perlu diubati . Begitulah seterusnya hingga berbelas tahun lamanya. Pada 17 Mei 2007, saya (penulis) mengahwini anak perempuannya. Pada mulanya saya melihat keluarga ini bermasalah tapi tidak tahu apa dan kenapa. Masa yang saya perlu untuk mengetahui segalanya tidaklah lama. Hanya dalam masa yang amat singkat saya telah tahu segalanya. Oh.....rupanya kau menyamar sebagai orang alim....warak.....siap mengaku alim dan warak lagi depan mata aku ni.......mana ada orang alim yang nk mengaku dia alim.....
Saya sebenarnya tidak percaya begitu sahaja. Saya mulakan misi menyiasat. Setiap kali keluarga mertua saya berbual dengannya, dia akan memandang ke tempat lain.Setiap petang dia akan berjalan di belakang rumah dengan kedua belah tangannya berada di belakang seakan mendukung seseorang. Setiap hari dia bertukang membuat rumah,membaiki rumah dari pagi hingga ke petang dan ada kalanya sampai malam. Ini semua adalah tanda2 seorang penyihir. Saya tetap anggap saya salah faham dalam hal ni. Ye lah kan......orang masjid kot dia tu...........takkan lah jadi penyembah syaitan kot....
Tiba2 bapa mertua ku sakit kembali dan saya pula membawanya berubat. Orang itu mengatakan bahawa ini perbuatan jiran. Beliau menceritakan wajahnya dan lokasi rumahnya. WOW......surprise..... memang orang masjid ni yang dituduh. Saya cuba cari orang lain. Kali ini seorang ustaz yang merupakan anak kepada seorang ulamak tasawwuf. Beliau sudah pencen sebagi guru agama sekolah. Ustaz ini berubat kaedah kebatinan dan beliau bersoal jawab dengan si pengupah sihir itu. Memang betul dia juga lah orangnya. Dah belasan tahun dia buat kerja ni rupanya. Ustaz itu ubatkan bapa mertua saya dan memberi sedikit pelajaran kepadanya serta mengugut akan membunuhnya jika mengulangi kesalahan ini lagi. Kata ustaz itu "DALAM MASA SEMINGGU NI AWAK PERLU MEMOHON MAAF KEPADA DIA" ,"KALAU TIDAK, AWAK AKAN AKU BUNUH".
Dia memang memohon maaf tetapi secara mencuri curi disebalik dahan pokok salak. Tetiba jadi baik. Tapi tidak lama. Lepas tempoh seminggu berakhir, dia buat lagi. Dah ramai bomoh orang asli yang ditemuinya dan dah ramai juag mati dibunuh ustaz itu . Semuanya kerana bomoh itu kalah lawan ilmu kebatinan dengannya. Dia tetap mencari bomoh tak henti2 hinggalah sampai kepada bomoh indonesia yang berada di Tanah Jawa. WOW JAWA TENGAH.....kampung asal keluarga aku tu......jauh giler..... Ustaz ini sekali lagi berbicara dengan bomoh jawa itu dan meminta sihirnya ditarik kembali. Rawatan berjaya dan tiba2............selang beberapa minggu selepas itu........si penunggang agama ini dikabarkan sakit dan beliau pun meninggal dunia.
Dalam hati ini syukur.......dah tiada lagi jiran2 yang menjadi penyembah syaitan.Tapi, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Bapa mertuaku kembali sakit.Kali ini, abang ipar aku juga dan termasuk isteri aku sendiri pun turut sama sakit sekali. Sakit yang sama pulak tu..INI DAH LEBIH.....BINI AKU PUN SAKIT DIBUATNYA. Mereka semua kene santau yang dituju khusus kepada mereka.Aku sekali lagi berkunjung ke rumah ustaz tu dan beliau mengesahkan memang santau. Kami berubat dan tetap juga menggunakan kaedah kebatinan untuk mencari bomoh dan pengupahnya. Bomoh tu orang Kampung Londah, Gemas, Negeri Sembilan. Dia memaklumkan anak lelaki arwah yang tinggal dirumah itu yang mengupahnya.Satu sudu santau berharga RM 500.PERGH GILA PUNYA MAHAL. sanggup dia upah bomoh untuk santau kami. Yang paling mengejutkan sekali adalah bapa dah mati, anak pula mewarisi perangai penyembah syaitan.
Bayangkan lah, kami buat kenduri kawin, dia jelous, kami buat rumah, dia juga jelous, kami beli lori, beli kereta, beli motosikal..........semua dia nak sakit hati. Kalau kamu cemburu, kenapa tidak kamu bersaing dengan cara sihat???Kenapa guna bomoh???Dasar makhluk bodoh. Aku bertekad, jika cukup syarat aku dia akan aku hentak sampai mati menggunakan ilmu aku sendiri. KAMU PATUT TAHU KINI KAMU DAH GANGGU ISTERI KEPADA SEORANG DARI KETURUNAN PANGLIMA.
Semoga Allah menghentikan niat jahatnya dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada dirinya serta seluruh ahli keluarganya. In Syaa Allah...........
Pada tahun lalu (2020), aku dikejutkan dengan penyebaran virus baru yang bermana Noval Corona Virus atau nama singkatannya kini dikenali sebagai Covid - 19. Disebabkan itu, aku sekeluarga beraya di rumah sendiri sahaja dengan bertemankan anak2 dan isteri. Pertemuan dengan keluarga hanya menerusi panggilan video sahaja demi untuk menyempurnakan hasrat hati bertemu keluarga. Secara maya pun jadilah kan......jangan takde langsung.
Pada tahun itu juga, aku buntu nk beraya dimana........duduk rumah sahaja memandangkan negara masih lagi dibawah perintah kawalan pergerakan. Pandang lah anak dan isteri sahaja. jiran2 sendiri pun tak berani nk berziarah takut ditangkap polis. Tapi ada juga sekeluarga yang datang beraya cuma mereka tidak masuk kerumah. Cuma mahu diluar pagar sahaja. Segan kot....orang dah malu nk buat camner.....layankan aje lah.....
Perayaan tahun lalu aku dan isteri menyediakan masakan tradisi jawa kami dan lauk2 lain yang digemari oleh anak2 kami. Namun aku sedih kerana pada hari ke 2, lauk jawa aku dah basi kerana lupa nk dipanaskan semula setelah bertukar mangkuk lain. Menitis juga air mata ni dibuatnya. Terpaksalah makan apa sahaja yang ada. Cuma yang buat aku bangga, isteri aku yang juga berdarah campuran jawa + melayu sudah mahir menyediakan juadah tradisi jawa yang aku gemari selama hidupku sejak dari kecil hinggalah sekarang. Bangga wo........
Raya tahun ini (2021) juga mungkin akan berlaku lagi sekatan rentas negeri dan daerah seperti tahu lalu. Ini kerana pada tarikh artikel ini ditulis, seluruh negeri melaka dah pun berada dalam kategori Zon Merah. Ini disebabkan kerana ketiga2 daerah di Melaka ini telah mencatatkan kes melebihi 40 dalam masa yang singkat ini.Kita tunggu dan lihat sahaja lah keputusannya macam mana. Esok 7 Mei 2021 akan ada keputusannya dan diumumkan oleh menteri kanan (pertahanan) YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Harap2 tiadalah sekatan rentas daerah kerana sekatan rentas negeri telah lama dikuatkuasakan. Aku dah lama tak balik kampung sejak awal minggu ke 3 bulan Januari tahun 2021 ini.
Lewat petang semalam, aku dikejutkan dengan kemunculan sebuah kereta iswara kuning. Dari jauh telah ku kenali kereta itu adalah milik bapa mertua ku. Namun dalam hati aku berkata, mungkin angah beli barang kereta kot. Dia singgah rumah tumpang rehat agaknya. Setibanya aku dirumah, isteri ku sambut di pintu rumah dan berkata, mak dan abah datang. Mereka tidur sini malam ni. WHAT........MAK DAN ABAH????LALU CELAH MANA DIA MENYUSUP MASUK MELAKA??? TAK KANTOI TAKPE LAH.....KALAU KANTOI TERBANG DUIT TAU.....Adoi....orang tua ni.... Dia rindu anak perempuan dia lah tu. Biarlah dia. Dah berumur macam tu aku malas nk tahan apa yang mereka nak buat. Buatlah apa saja asal bahagia.
Paling menarik tahun ini aku dapat restok mercun aku yang selama ini aku gunakan untuk menghalau monyet di sekitar rumah. Dapatlah mercun bola kecil 2 bungkus dan sedikit bunga api untuk anak2 bermain.Mercun bola sebungkus aku berikan kepada mertua ku untuk tujuan menghalau tupai yang sering menggugurkan buah durian di ladangnya.Tinggal sebungkus sahaja pada aku. Seronok dapat restok kerana 2 tahun dah aku mencari stok ni . Serangan monyet bertali arus saban hari. Panggil perhilitan pon tak guna. Mereka datang dan tinjau sahaja . ditakdirkan pada ketika itu tiada serangan monyet, mereka terus balik sahaja setelah tunjuk muka pada isteri aku dan mengenalkan diri. Lepas ni kalau ada monyet datang.....alamatnya akan adalah bunyi letupan mercun tu nanti.
Aku dan isteri kini sudah mula belajar buat kuih raya sendiri demi memahirkan diri membuat kuih raya tradisi melayu. Bukan tak boleh nk beli, tapi memang nk belajar buat sendiri. Jimat lah juga duit aku ni. Ilmu pun dapat. RESEPI??? PROF GOOGLE lah .....apa lagi.....zaman dah maju. Tak perlu risau. Garenti dapat resepi punya.Semprit susu 2 jenis, biskut choclate cip, kerepek pisang, ada pulak kawan bagi maruku dan tak tahu lagi nak tambah apa. Cuma kelainan raya kali ni, aku plan nk makan makanan yang dibakar seperti kambing bakar, ikan bakar, ayam bakar dan lain2 lagi. Saja nak ubah selera. Kali ini kami nk cuba juga masak nasi dan kambing briani sendiri. CUBA, TEST dan TRY lah katakan.Bahan belum lengkap dikumpul. Cuti minggu ni sampai selasa lepas raya nanti dapatlah aku berbelanja untuk kelengkapan raya.Harap2 menjadilah yek nasi briani dan kambing briani tu nanti. Kalau tak jadi akan aku telefon pak long. Minta tunjuk ajar. Boleh minta resepi ayam masak merah sekali .Resepi dia mmg tip top. Sedap hingga mencari saki baki dalam periuk dibuatnya. Ada bahan rahsia tu. Tak ramai tukang masak yang tahu bahan tu dan cara menggunakannya.RAHSIA KELUARGA BEB......
Apa2 hal pun, disini aku ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali aku sejak dari mula kita kenal hinggalah keakhir hayat. Moga2 dosa2 ku yang bertimbun ini diampuni oleh Allah SWT.
Sekian.................
Assalamualaikum. Lama dah tak mengisi sesuatu di dalam blog ni. Kali ini aku tampil dengan sesuatu yang jarang aku ceritakan pada sesiapa. Aku ini sebenarnya telah mula menuntut ilmu kebatinan islam dari seorang Guru Perubatan dan Kebatinan Islam di Kuching, Sarawak (nama dan identiti dirahsiakan). Tindakan ini aku lakukan kerana keluargaku seirng diganggu oleh seorang insan (dah arwah pun) yang bagaikan musuh dalam selimut. Depan kami bukan main punya baik. Tapi bila setiap kali ayah gunakan ilmu pemulangan sihirnya.......KENAPA DIA YANG MERAUNG DAN MENGGELUPUR??? Pelik sekali rasanya kan...........
Pernah kedua orang tua ku menyatakan badan mereka umpama disalai atau direndam dalam ais dan kadang-kadang pula normal. Pernah juga tiba-tiba gatal-gatal tumbuh pada lengan, pernah dengar bunyi-bunyi yang menyeramkan merayau dikeliling rumah dan macam-macam lagi. Semua ini membuatkan hidup kami tidak tenteram. Kami sering diganggu selama beberapa tahun. Hinggakan pada suatu ketika, ayah pergi menemui seseorang di daerah Muar, Johor dan mendapatkan satu ilmu yang boleh menghukum insan tersebut secara terus tanpa perlu menghiraukan saka belaannya.Ia perlu diamalkan selama 40 malam berturut-turut dan ternyata memberi kesan secara perlahan-lahan. Setelah setahun lebih ianya berlalu, insan tersebut telah kembali menemui Penciptanya Yang Maha Esa. Walaupun dia sudah lama meninggal, aku tetap teringat-ingat akan kata-katanya iaitu..... "AKU TAKKAN MATI , AKU ADA BELA HANTU" . Tetapi sekarang......dia tu mati juga kan......mana lah ada makhluk yang mampu mengelak dari kematian. Sedangkan Rasulullah yang juga kekasih Allah juga telah lama wafat. Ini kan pula kita yang jahil ni. betul x?
Selesai kes orang tua ku, kes mertua ku pula muncul. Namun kali ini lebih berat lagi dimana orang yang menyihirnya mengaku diri sebagai ulamak dan alim bila berbual dikhalayak ramai. Namun hakikatnya, bila mertua ku sakit, aku bawa jumpa pengamal perubatan yang aku kenal. Ada yang boleh dikira sebagai ustaz dan ada juga boleh dikira sebagai bomoh. Semuanya memberitahu ku bahawa individu yang menyihir mertua ku adalah orang yang sama.Wow surprise ni.....kerana pada mulanya aku x tahu siapa orangnya. Pengenalanku dengan seorang ustaz di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mendedahkan segalanya. Dia berkata orang tu hanya sebelah rumah. Kami tanyakan padanya..... sebelah kiri rumah kami kan ustaz.....beliau berkata "YA".
Subhanallah......macam ni ke orang yang mengaku dirinya alim?Namun dalam masa yang sama diriku sendiri juga terkena ilmu hitam hingga membuatkan aku seperti orang lumpuh secara tiba-tiba tanpa melibatkan sebarang kemalangan atau apa sahaja kejadian yang boleh mendorong kearah lumpuh separuh badan. Aku semakin pelik. Aku kemudiannya mencari guru-guru ilmu kebatinan yang hampir dengan ku dan mampu membantu.Alhamdulillah perkenalan aku dengan seorang guru (namanya juga dirahsiakan) yang tinggal hampir dengan ku menyebabkan aku di ijazahkan ilmu yang boleh menyelesaikan masalah ini tanpa perlu tahu siapa yang empunya angkara dan apa puncanya.... Nak tahu ilmu apa? Tunggu lama sikit k.....nanti kalau rajin, aku cerita.
Aku mula mengamalkan ilmu itu buat kali pertama tanpa melengkapi tempoh yang disyaratkan. Kenapa ?? sebabnya setelah seminggu aku beramal, telah ada orang sekitarku yang mengalami strok secara tiba-tiba sedangkan keluarganya sahkan dia ada lah sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan. Info ini diperoleh dari doktor katanya.......Lalu aku menalifon guru dan bertanya akan hal ini. Guru mengesahkan dia lah orangnya. Aku jadi tak sampai hati. Dia ada tanggungan besar, tapi stroke....Lalu aku lafazkan kemaafan kepadanya dari rumahku sahaja tanpa kehadiran dan pengetahuannya walaupun sepatutnya dia sendiri yang kena mohon maaf dari ku. Baru boleh aku lepaskan. Aku kemudian diminta melakukan sekali lagi ilmu ini kepada jiran mertua ku yang seiring mengganggu hidupnya. Aku lakukan buat kali ke dua. Namun kesannya sangat lambat kerana beliau pemilik saka keturunan (harimau) dan saka belaannya sendiri iaitu pelesit dan toyol.Aku lupa membuangnya dan ini membuatkan kesannya hanya dapat dilihat setelah setahun aku selesai mengamalkan kelimuan aku. " Ulamak " ini juga akhirnya meninggal dunia dan kesihatan mertua ku kini semakin beransur ansur pulih seperti sedia kala.
Kini aku sekali lagi diganggu, ditipu dan diugut oleh sekumpulan yang tidak berhati perut. Aku berbincang dengan isteriku apa perlu dilakukan dan kami sepakat untuk melaksanakan sekali lagi ilmu ini buat kali ke 3.Pada malam pertama aku lakukannya, aku sudah mendapat alamat melalui mimpi yang mana ilmu ini memberi kesan besar kepadanya. Beberapa malam kemudian, aku sekali lagi bermimpi tetapi mimpi ku kali ni menunjukkan pelakunya dan sejumlah yang ramai dan semuanya telah mengena pukat yang aku pasang. Kini segalanya telah 20 hari berlalu. Selagi kau tak pulang duit aku dalam nilai 100 kali ganda, selagi itu aku takkan lepaskan kalian semua kerana telah memfitnah dan memburuk-burukkan nama ku di media sosial.
TANGGUNG LAH SENDIRI AKIBATNYA KERANA MENGANIAYA SEORANG PENGAMAL ILMU KEBATINAN SEPERTI AKU. Kita jumpa di padang Mahsyar nanti k.....biar lah Allah yang menentukan segalanya.
Kini saya sedang menanti dengan penuh debaran kelahiran cahaya mata kami yang ketiga. Walaupun dah yang ketiga, debaran itu kuat terasa memandangkan anak yang nombor 2 kini telah berusia 6 tahun.Jarak yang agak jauh itu membuatkan kami berdua terasa kekok seperti anak pertama dahulu.
Dunia kini semakin panas......